| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Perniagaan Tani | Unit Kepimpinan |
| Unit Seni Tampak | Unit Pengurusan Sukan | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup |
| Unit Keusahawanan | Unit Pertolongan Cemas | Unit Sains Sukan | Unit Seni Muzik |
| Unit Seni Suara | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |

DEKATI PELAJAR (SMSKP) DALAM USAHA MELAHIRKAN GENERASI GEMILANG
Sub Unit Kokurikulum Pembangunan Keluarga dengan kerjasama Sek. Men. Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah berjaya mengadakan program Sinergi Melahirkan Generasi Gemilang yang telah dilaksanakan di Sek. Men. Sains Kubang Pasu. Seramai 80 orang pelajar telah hadir mengikuti program ini dengan diiringi oleh 2 orang guru pengiring daripada unit kaunseling Sek. Men. Sains Kubang Pasu.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengaplikasikan modul Eksplorasi Remaja dalam usaha menyedarkan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat untuk pada masa hadapan. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya mereka tahu bagaimana menggunakan cara yang efektif untuk menguruskan kewangan dalam kehidupan dengan mengaplikasikan modul “Smart Belanja”. Seterusnya, melalui program ini, ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara fasilitator iaitu mahasiswa Universiti Utara Malaysia dengan para pelajar sekolah.
Menurut Tn. Hj. Ismail b Ibrahim pengetua sekolah berkenaan, beliau menyifatkan program seumpama ini dapat membentuk jatidiri pelajar supaya berani membuat keputusan dan beliau mengharapkan program ini dapat menyedarkan sekaligus menanam nilai murni dalam diri pelajar ke arah melahirkan generasi yang gemilang kelak. Beliau juga berkata bahawa bahasa Inggeris sangat penting dan dapat dijadikan senjata untuk terus maju ke hadapan.
Oleh itu, diharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi membuka peluang kepada mahasiswa untuk berani menguruskan program dan mendedahkan pelajar dengan ilmu yang baharu.

MENJALIN UKHWAH BERSAMA PENDUDUK
FELDA RIMBA MAS
Sub Unit Kokurikulum Pembangunan Keluarga IV (kumpulan D) dengan kerjasama Felda Rimba Mas telah berjaya mengadakan Program Jalinan Kasih Penguat Ukhwah 2015 yang telah dilaksanakan di Felda Rimba Mas, Padang Besar (U), Perlis. Seramai 43 orang pelajar telah menghadiri program ini dengan diiringi oleh seorang jurulatih.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada masyarakat felda untuk membina intergriti dan perhubungan kekeluargaan yang lebih baik. Diiringi fasilitator dari sub unit ini dan modul yang disediakan, penduduk felda yang terlibat memperoleh pendedahan untuk mengatasi kepincangan keluarga dengan lebih berkesan walaupun pada masa yang singkat.
Menurut Mohd Nordin pengurus felda berkenaan, beliau menyifatkan program seumpama ini berupaya membentuk dan memberi motivasi kepada penduduk dalam membina intergriti dan menguasai kemahiran kekeluargaan untuk melahirkan institusi kekeluargaan yang lebih baik.
Oleh itu, diharap agar program seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam memberi sumbangan dan menggerakkan agama, bangsa dan negara ke arah yang lebih gemilang pada masa hadapan.

ILMU DICURAH UKHUWAH DIERAT
Sub Unit Kokurikulum Pembangunan Keluarga telah mengadakan program Seerat Ukhuwah yang dilaksanakan di Sek. Men. Keb Paya Kemunting. Seramai 60 orang pelajar Tingkatan 4 berbilang bangsa telah menghadiri program ini.
Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Kemunting supaya mereka dapat menekankan ilmu kekeluargaan mengikut silibus yang telah di pelajari oleh pelajar kokurikulum UUM. Selain itu, Program Seerat Ukhuwah ini merupakan sebahagian daripada silibus yang telah ditetapkan oleh LPPKN dalam Kokurikulum Pembangunan Keluarga supaya pelajar kokurikulum ini dapat mengaplikasikan segala pembelajaran dan pengajaran sepanjang aktiviti kokurikulum dijalankan.
Menurut Pn. Mona Balqis, guru kaunselor sekolah berkenaan, beliau mencadangkan program seumpama ini harus dijalankan secara berkala kerana ia membantu dalam meningkatkan ilmu rohani dan jati diri para pelajar bagi persiapan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Selain itu, guru itu juga menyatakan rugi kepada sesiapa yang tidak hadir pada Program Seerat Ukhuwah kerana silaturahim yang dibina boleh dinilaikan sebagai satu ukhuwah murni antara para pelajar dan membuka minda pelajar Sek. Men. Keb. Paya Kemunting mengenai kepentingan menghargai diri sendiri, menyayangi ibu bapa dan berbakti kepada masyarakat.
Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan bagi melatih dan membantu mahasiswa dalam memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

MOTIVASI GENERASI MUDA FELDA
Peserta bermain Permainan SWOT Chair untuk menentukan Kumpulan masing-masing.
|
Permainan ”SWOT Game”. Peserta dikehendaki menyenaraikan setiap kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap dirimengikut kumpulan masing- masing
|
Peserta dikehendaki membentangkan setiap kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman diri mengikut kumpulan masing-masing
|
Permainan From Zero To Hero.Peserta diberikan Situasi dan menyatakan cara mengatasi masalah tersebut
|
Permainan Smart Belanja.Peserta dikehendaki memancing duit secepat dan sebanyak mungkin.Kemudian berdasarkan duit yang berjaya dipancing,peserta dikehendaki memikirkan cara untuk mengurus duit tersebut dan membuat belanjawan
|
Setelah selesai program,sesi bergambar bersama Pelajar Universiti Utara Malaysia dan anak remaja Peneroka di Felda Batu Lapan,Changloon
|
Sub Unit Kokurikulum Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Felda Batu Lapan,Changloon telah berjaya mengadakan Program Pop Komuniti bersama anak remaja peneroka Felda yang telah dilaksanakan di Felda Batu Lapan,Changloon.Seramai 38 orang pelajar telah hadir mengikuti program ini dengan diiringi oleh guru pengiring dan penyelaras Unit Khidmat Masyarakat.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengetahui masalah serta cara menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak remaja peneroka,mendedahkan cara membuat keputusan yang terbaik dlm kehidupan dan membina hubungan baik antara pelajar dan masyarakat luar. program ini juga dibantu oleh jurulatih dan penyelaras sub unit berdasarkan modul yang disediakan .Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah slot “Explorace : From Zero to Hero”, “Smart Belanja” dan ”SWOT chair”.
Menurut En Nasrol Hadi Ahmad Shukeri jurulatih Kokurikulum Pembangunan Keluarga Kumpulan A,menyifatkan program seumpama ini mampu memberi pendedahan kepada remaja peneroka Felda untuk lebih memahami situasi dunia luar dan memahami corak kehidupan masyarakat luar.
Oleh itu, program ini diharapkan dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran)
Fax: 04-9283502 Email: [email protected]