PERKONGSIAN ILMU ............
Pembentukan Mahligai Idaman
BERTERUS-TERANG
Sikap berterus terang amatlah penting di dalam pengurusan rumah tangga kerana dengan adanya sikap ini maka pasangan akan lebih jujur antara satu sama. Semua ini bagi mengelakkan daripada belakunya salah faham dan juga isu berbangkit di kemudian hari. Sikap menyembunyikan masalah ataupun kebenaran akan menyukarkan keadaan kerana sudah menjadi lumrah sesetengah pasangan yang suka membuat olahan cerita sendiri daripada bertanya kepada kita mengenai masalah sebenar yang kita hadapi. Ini akan membuatkan belaku salah faham di antara satu sama lain.
Mungkin kita berangapan adalah perlu menipu ataupun melindungi kebenaran bagi menjaga hati dan perasaan pasangan kita. Namun sebenarnya ia mengeruhkan lagi keadaan. Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perassan pasangan kita semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Jika kita membohongi pasangan kita, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang kita pecah, pasangan kita akan menderita seumur hidupnya. Kita perlu jujur pada diri sendiri terlebih dahulu dan seterusnya belaku jujur terhadap pasangan kita agar rumah tangga sentiasa aman dan bahagia.
MENYIMPAN RAHSIA
Sebagai pasangan suami isteri yang berkongsi hidup dan melayari bahtera kita sendiri, permasalahan ataupun apa saja yang berkaitan rumah tangga adalah menjadi rahsia yang perlu kita simpan dan bukan untuk di jaja kepada semua orang terutama keluarga kita sendiri. Walaupun hanya sesi bercerita kepada ibu bapa kita sendiri ianya amatlah di larang sama sekali untuk menceritakan mengenai perihal rumahtangga kita. Sebagai suami isteri kita wajib untuk menjaga aib pasangan masing-masing kerana kita harus menjaga keharmonian rumahtangga. Maruah kita adalah tanggungjawab bersama.
BERTANGGUNGJAWAB
Apabila seorang lelaki dan perempuan mendirikan masjid mereka bertanggungjawab untuk memastikan kedamaian dan keharmonian rumahtangga mereka. Mereka haruslah memahami dan menjalankan tanggungjawab mereka kepada pasangan, keluarga dan juga agama. Keberkatan rumahtangga mestilah sentiasa di jaga. Mereka di tegah sama sekali untuk mengabaikan tanggungjawab mereka kerena lalai dalam mengejar harta dunia. Kerana tanggungjawab sebenar mereka adalah memberi kebahgiaan kepada pasangan dan keluarga. Apabila kita memilih untuk berkahwin maka secara automatiknya kita harus bersedia untuk menmikul tanggungjawab sebagai anak, suami/isteri dan juga ibu/bapa.
CUBA BERUBAH
Perubahan merangkumi banyak aspek di dalam kehidupan manusia. Dari segi sikap, gaya hidup dan juga pandangan menjadi pekara penting yang harus di ubah oleh seseorang sebelum melangkah ke alam perkawinan. Semestinya sukar untuk menukar gaya hidup bujang kepada perkongsian hidup yang sebenar-benarnya sebagai suami dan isteri. Namun ianya menjadi kemestian bagi pasangan agar berubah menerima keadaan di mana hidup ini bukan lagi bersendirian namun semuanya akan di kongsi bersam-sama dengan pasangan mereka.
Setiap apa yang kita lakukan bukan lagi untuk kesenangan diri sahaja kerana segala kesenangan dan juga kesusahan akan di kongsi bersama-sama pasangan. Sekiranya dulu kita sering kali bangun lambat setiap kali pada hujung minggu sekarang kita harus meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan pasangan agar mereka tidak rasa terabai. Pada masa inilah kita dapat belajar untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dalam lagi. Penting bagi setiap pasangan untuk cuba berubah agar kita dapat menyesuaikan diri dengan pasangan dan juga kehidupan baru yang akan kita jalani di sepanjang hidup ini.
BERSAMA-SAMA
Bagi membina rumahtangga idaman yang bahagia kita seharusnya bersama-sama dengan pasangan kita di dalam melakukan semua pekara. Kita tidak boleh menggabaikan mereka kerana kita seharusnya berjalan seiringan dengan mereka menuju ke syurga idaman. Kita seharusnya bersama-sama berkongsi susah dan senang kehidupan sebagai pasangan agar sama-sama dapat merasa saat-saat kebahgiaan ini. Tidak akan tercapai rumahtangga bahagia andai pasangan membawa haluan masing-masing. Kita seharusnya bersama-sama dalam semua hal kerana sebagai pasangan kita sudahh semestinya sudah memahami antara satu sama lain.
LUAHKAN DAN TUNJUKKAN RASA CINTA
Tunjukkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing agar mereka rasa lebih di sayangi. Ianya bukan sahaja dari segi kata-kata malahan boleh di tunjukkan dengan perbuatan seperti makan malam romantik ataupun mengingati tarikh-tarikh penting dan pastikan kita menyambutnya. Ucapkanlah rasa cinta kita kepada pasangan kerana ia bukan menjadi masalah malahan ia memberikan kebahagian rumahtangga kerana pasangan akan terasa di hargai. Tiada apa yang nak di malukan di alam perkahwinan.
MEMULIAKAN KELUARGA PASANGAN
Apabila kita berkahwin dengan pasangan kita secara automatik kita juga berkahwin dengan keluarga mereka. Ini kerana hubungan kekeluargaan tidak mungkin akan putus malahan ianya semakin berkembang. Kita seharusnya menghormati keluarga mentua kita sama seperti keluarga kita kerana mereka juga sekarang telah menjadi ibu dan bapa kita. Tiada lagi istilah keluarga masing-masing tetapi keluarga kita bersama. Inilah yang mampu menjamin keluarga bahagia selamanya.
MENDAHULUKAN
Sebagai pasangan kita seharusnya mendahulukan pasangan kita sebelum membuat sebarang keputusan kerana ianya akan berkaitan dengan satu sama lain. Namun ada juga pekara yang harus di dahulukan oleh suami iaitu ibunya. Namun begitu sebagai pasangan mereka seharusnya duduk berbincang sebelum membuat keputusan.
BUANG CEMBURU DAN BERCAKAP BENAR
Perasaan cemburu tandanya sayang namun begitu jika ianya keterlaluan ianya akan merosakkan keluarga mereka. Bagi mengelakkan cemburu yang keterlaluan seharusnya mereka bercakap benar di dalam setiap perbuatan mereka. Dan sebagai seorang isteri adalah amat penting untuk memohon iizin sebelum melakukan sesuatu ataupun ke mana-mana daripada suaminya. Dengan itu tidak akan timbul salah faham dan juga cemburu buta.
URUS STRES DENGAN BIJAK
Pengurusan stress amat penting terutama mereka yang bekerja. Mungkin mereka tidak mampu mengawal perasaan tekanan di tempat kerja sehingga membawa ke rumah. Mereka harus bijak mengawalnya kerana ia mungkin akan menimbulkan pergaduhan jika kita sentiasa berada di dalam keadaan tertekan. Malahan pasangan akan mula mencari kesalahan dan marah-marah bagi melepaskan perasaan tekanan itu. Pengurusan stress yang bijak mampu memberikan kebahgiaan di dalam rumahtangga mereka.
MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR
Elemen penting di dalam rumahtangga adalah saling memahami dan bertolak ansur di antara satu sama lain bagi memastikan tiada yang akan makan hati dan juga sakit hati di antara satu sama lain. Terutama di waktu mnentukan sesuatu keputusan. Sebagai contoh semasa menentukan giliran untuk beraya di kampung siapa. Mereka harus duduk berbincang dan membuat keputusan yang bijak dan adil.
HORMAT
Kebahgiaan rumahtangga amat penting bagi keharmonian kehidupan kita sekeluarga. Kita juga harus saling hormat menghormati antara satu sama lain kerana tiada istilah siapa lebih berkuasa di dalam rumahtangga. Semua menpunyai hak masing-masing. Apabila kita menghormati pasangan kita barulah mereka menghormati kita.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran)
Fax: 04-9283502 Email: [email protected]