SUB UNIT KHIDMAT MASYARAKAT
Unit Pembangunan Keluarga
Sinopsis: Kursus ini memberi bimbingan kepada remaja untuk mengenali diri mereka serta menyemarakkan sikap prihatin dan bertanggungjawab remaja terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran-kemahiran untuk menghindari tingkah laku yang membawa kepada risiko kehamilan dan bahaya HIV/AIDS serta penyakit jangkitan seksual lain.
Kursus ini turut memberi pendedahan kepada pelajar tentang persediaan perkahwinan, cabaran dalam hubungan keluarga terutamanya tanggungjawab ahli keluarga. Pengetahuan asas berkaitan pendedahan situasi dalam membina keluarga diberikan secara teori dan amali untuk membolehkan pelajar membina kerangka keluarga yang sihat dan memainkan fungsi yang positif. Pada tahap ini, para pelajar perlu giat dalam mengumpul maklumat mengenali persediaan diri dalam sesuatu hubungan berpasangan yang sihat sehingga ke arah membina keluarga yang sihat supaya membina keluarga bahagia dan masyarakat yang terdidik.
Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan gaya keibubapaan terhadap kanak-kanak selepas ia dilahirkan sehingga berumur 12 tahun. Antara lain ia dapat dijadikan sebagai bekalan kepada para pelajar yang bakal mendirikan rumah tangga dan bakal menjadi seorang ayah dan ibu. Antara lain ia juga memuatkan ilmu kepada pelajar untuk mengetahui mengenai perkembangan dan keperluan fizikal, mental, sosial, emosi dan moral kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang. Menjalinkan hubungan mesra yang berterusan di antara anak, ibu bapa, keluarga dan masyarakat dan bagaimana untuk membimbing anak supaya bertanggungjawab terhadap diri, ibu bapa, keluarga dan masyarakat.